Cara membuat dokumen palang untuk kegunaan SPP sahaja


Cara membuat dokumen palang untuk kegunaan SPP sahaja | Seperti kita sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah membuat hebahan bahawa permohonan pengambilan khas guru telah dibuka mulai 7 Julai 2021 (Rabu) secara one-off.

Antara kriteria atau syarat wajib yang dikenakan adalah kamu dikehendaki membuat palang dua garis untuk kegunaan SPP sahaja bagi setiap dokumen atau sijil yang kamu upload di dalam Google Drive.

Cara membuat dokumen palang untuk kegunaan SPP sahaja


Dokumen atau Sijil - SPP

Setiap permohonan yang hendak dibuat mempunyai kriteria dan tatacara susun aturnya yang tersendiri. Sekiranya pada bahagian ini, kamu sebagai pemohon telah tersilap langkah, peratusan untuk permohonan kamu diterima adalah sangat rendah. Oleh itu, pastikan kamu membaca dan memahami secara terperinci setiap isi kandungan artikel ini.

Pemohon jawatan SPP dikehendaki memberi nama bagi setiap dokumen atau sijil.

Sebagai contoh, dokumen atau sijil kamu adalah mengenai MQA. Kamu jangan letak atau beri nama pada dokumen sijil kamu tu sebagai "MQA", atau "MQA Scan 1", atau "sijil MQA angah".

Ini adalah cara yang salah dan juga cara yang selalu serta kebiasaannya bagi setiap pemohon jawatan SPP lakukan. Cara yang betul adalah seperti ini:

Sebagai contoh, dokumen atau sijil kamu adalah mengenai MQA. Kamu letak atau berikan nama dokumen sijil kamu itu sebagai "Pengiktirafan Kelajakan MQA", atau "Sijil Pengiktirafan Kelayakan MQA".

Lakukan langkah ini bagi kesemua setiap satu dokumen atau sijil kamu seperti kad pengenalan, transkrip, sijil lahir, sijil spm dan sebagainya.

Pemohon jawatan SPP dikehendaki menggunakan format fail PDF bagi setiap dokumen atau sijil.

Pastikan kamu menggunakan format fail PDF untuk setiap satu dokumen atau sijil kelayakan kamu. Jangan gunakan format fail docx, xlsv, jpeg, png dan sebagainya.

Dokumen atau Sijil - SPP


Palang untuk kegunaan SPP sahaja

Mesti terdetik di benak hati dan fikiran kamu mengatakan, mesti susah mahu buat palang spp ini sebab kamu tiada kemahiran editing, kemahiran ICT dan sebagainya.

Jangan risau, sebab kamu boleh download secara percuma sahaja gambar palang transparent yang sudah siap sedia mempunyai dua garis atas bawah dan tulisan untuk kegunaan SPP sahaja.

Link download (klik) : gdrive-palang-spp

Palang untuk kegunaan SPP sahaja

Cara buat palang SPP

Kita teruskan dengan langkah membuat palang SPP dengan mudah dan santainya. Pastikan kamu ikut betul-betul "langkah membuat palang untuk kegunaan SPP sahaja" ini bagi mengelakkan sebarang kesilapan dan kekeliruan terjadi.

Sebelum terlupa, cara ini bukan saja kamu boleh gunakan samada melalui laptop, komputer dan tablet, malah kamu juga boleh menggunakan cara ini hanya dengan menggunakan telefon smartphone kamu saja. Up-to-trend, mudah dan bergaya, betul tak.?

  • Kemudian klik pada ' Upload PDF file ' ..
  • Pilih dokumen atau sijil kamu dan upload ..
Cara buat palang SPP 1
  • Lepastu, kamu klik pada bahagian ' Menu Tab ' yang bertulis ' Sign ' ..
Cara buat palang SPP 2

  • Kemudian, kamu klik pada bahagian yang bertulis ' + New Signature ' ..
Cara buat palang SPP 3

  • Lepastu, kamu klik pada bahagian yang bertulis ' Upload Image ' ..
  • Pilih gambar palang SPP yang hendak digunakan. Link untuk download telah diberikan di atas pada bahagian 'palang untuk kegunaan SPP sahaja' ..
Cara buat palang SPP 4

  • Kemudian, kamu pilih yang ' Transparent Background ' ..
Cara buat palang SPP 5

  • Next step, kamu klik pada dokumen atau sijil kamu.
  • Secara automatiknya, gambar palang SPP tu akan keluar dan berada di atas permukaan dokumen sijil kamu.
  • Apa yang kamu perlu buat seterusnya adalah mengubah kedudukan dan saiz palang SPP tersebut mengikut kesesuaian. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar, serta pastikan juga kedudukan palang tersebut berada di tengah-tengah dokumen sijil kamu.
Cara buat palang SPP 6

  • Bila sudah siap, kamu klik pada ' Apply Changes ' ..
  • Dan tunggu proses selesai ..
Cara buat palang SPP 7

  • Bila sudah selesai, kamu boleh klik pada ' Download ' untuk mendownload dokumen sijil kamu yang telah siap dipalang untuk kegunaan SPP sahaja ..
  • Terakhir, klik pada ' Delete Files ' dan ulang langkah yang sama untuk dokumen dan sijil kamu yang lain. Kenapa pilih delete files.? Sebab kita tidak mahu simpan fail kita di laman web tersebut, takut nanti disalahguna oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Cara buat palang SPP 8


Senarai semak dokumen temuduga SPP

Sebagai pemohon, kamu wajib untuk membuat semakan dan pastikan kesemua kriteria dan syarat kelayakan yang diminta telah kamu sediakan serta sempurnakannya.

Ini bertujuan agar permohonan kamu itu mendapat autoriti di mata pemeriksa kerana kamu telah berikan segala yang diminta serta mengikuti segala syarat yang dikehendaki.

Usahakan untuk memenuhi dan memperbaiki segala kekurangan yang ada di dalam permohonan kamu.

Kesimpulannya ..

Untuk membuat palang dokumen dan sijil SPP ini tidaklah sesusah dan serumit yang disangka. Kamu hanya kekurangan panduan dan pengetahuan sahaja mengenai hal ini.

Semoga dengan artikel seringkas ini mengenai Cara membuat dokumen palang untuk kegunaan SPP sahaja dapat membantu kamu sedikit sebanyak dalam hal ini. All the best kepada semua candidate's !!

0 Response to "Cara membuat dokumen palang untuk kegunaan SPP sahaja"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel