Semakan dan Permohonan bantuan bakul prihatin negara (BPN) RM100 JKM


Semakan dan Permohonan bantuan bakul prihatin negara (BPN) RM100 JKM | Perdana Menteri Malaysia dalam Pengumuman Khas Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI) yang lepas telah mengumumkan Program Bakul Makanan JKM 2021 yang mana ianya merangkumi barang makanan keperluan bernilai RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

Pelaksanaan program bakul prihatin negara ini membabitkan peruntukan sehingga RM50 juta dalam usaha membantu rakyat marhaen yang terjejas akibat situasi pandemik Covid-19 yang tengah melanda negara. - Cara buat palang spp pada dokumen pdf

Semakan dan Permohonan bantuan bakul prihatin negara (BPN) RM100 JKM


Permohonan bantuan bakul prihatin

Tujuan utama pemberian bakul makanan ini adalah merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia bagi memastikan keupayaan kelangsungan hidup rakyat jelata berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya golongan mudah terjejas serta pekerja yang bergantung kepada kadar upah harian. 

Kriteria kelayakan Penerima Bakul Makanan di Bawah Inisiatif PERMAI adalah mereka yang layak menerima dan memohon bakul makanan merupakan penerima bantuan bulanan sedia ada di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengikut kepada data statistik penerima pada bulan Januari 2021.

Makluman tambahan, Setiap keluarga hanya dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin Negara sahaja. Akan tetapi, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu.

Cara memohon bantuan bakul makanan RM100

Bantuan bakul makanan ini diberikan keutamaan kepada penerima bantuan bulanan JKM sedia ada. Justeru itu, pemohon tidak perlu lagi membuat permohonan  kerana JKM telah mempunyai senarai data penerima bantuan bulanan sedia ada sehingga Januari 2021.

Namun, pemohon juga boleh membuat permohonan melalui cara seperti berikut ini.

Permohonan bantuan bakul makanan RM100 ini boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut: 
❤️ Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri
❤️ Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999
❤️ Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM)
❤️ Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat
 

Kaedah penyerahan sumbangan bantuan bakul prihatin negara

Setelah mendapatkan butiran lanjut daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat serahan Bakul Prihatin Negara kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon. 

Pemohon akan menerima Bakul Prihatin Negara dalam tempoh 1x24 jam selepas permohonan. Akan tetapi, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, kadar jumlah permohonan harian, jarak perjalanan serta bentuk muka bumi.

Kerjasama organisasi pengedaran bantuan bakul makanan JKM

❤️ Angkatan Pertahanan Awam (APM) 
❤️ Ikatan Relawan Malaysia (RELA) 
❤️ Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

Semakan kelayakan bantuan bakul makanan 2021

Pemohon bantuan boleh membuat semakan status kelayakan mereka dengan cara menghubungi:-

❤️ Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)/Negeri yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon. Direktori JKMN dan PKMD boleh didapati di laman web milik JKM iaitu www.jkm.gov.my
❤️ Bilik Gerakan JKM di talian 03-83231996
❤️ Hotline Talian Kasih 15999
❤️ Whatsapp Talian Kasih 019-2615999

Pertanyaan lanjut berhubungan dengan perkara ini boleh dilakukan dengan menghubungi pegawai-pegawai bertugas berikut:-

❤️ Puan Rozita binti Ibrahim
Ketua Penolong Pengarah
No tel : 03-83232369
Emel : rozita_ibrahim@jkm.gov.my

❤️ Encik Zamri bin Mohamad
Penolong Pengarah Kanan
No tel : 03-83232365
Emel : zamrimohamad@jkm.gov.my

❤️ Cik Nor Azlinda binti Ahmad Shaari
Penolong Pengarah Kanan
No tel : 03-83232360
Emel : norazlinda.ahmadshaari@jkm.gov.my

0 Response to "Semakan dan Permohonan bantuan bakul prihatin negara (BPN) RM100 JKM"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel